SAJAK KHAS BUAT SAHABAT

KULEPASKAN
Anak-anakku..
Bila kau boleh berlari…. Kami lepaskan tangan biarkan Engkau pergi.
Kita sama raikan diri sendiri.

Dalam hati kami bertanya ..hendak kemana anakku?
Hatimu berkata, saya ada impian sendiri……

Dan kita mula berbeza sebagai manusia.

Yang Pergi akan kembali.
Biarpun berbeza tujuannya.
Namun akan serupa kesudahannya.

Dunia bukan hamparan ..
Dunia adalah putaran …
Semuanya sampai dititik yang satu.

Bagaimana keadaan ketika dilahirkan,
Bagitulah keadaan dititik kesudahan.

Kita berbeza jawapan dari
Satu soalan.

DSARAH (7 MEI 2024)

MANUSIA
Atas hamparan..
Lahir ke Dunia Fana..
Perjalanan satu lakonan..
Menuju titik nokhtah..
Di perbatasan Amanah..
Manusia…
Mengejar impian..
Tiada penghujungnya
Di ufuk mentari pagi..
Menyinari alam..
Tiba masanya..
Hilang dikegelapan malam
Tiada kepastian..
Diselimuti malam..
Dengan harapan
Esok.masih ada..
Hari. Minggu .Bulan..
Tahun silih berganti..
Tiba saatnya..
Tersedar hakikat
Berakhir sebuah kehidupan
Harapan..impian..
Berakhir sudah..
Nama terpahat
Kenangan Nostalgia..
Masa lalu..
Di Pusara..
Abadi selamanya…

DATO AZIZ ABDUL

MENTOL LAMPU TERBAKAR….

Masa dia masih berfungsi, dia dirai, dirujuk masa kegelapan. Sangat diperlukan waktu pesta dan makan2. Kini mentol itu dah terbakar, tidak berfungsi lagi…tidak mengeluarkan cahaya lagi. BERUBAHLAH NASIB YA. Dia dijadikan sebab majlis tidak meriah. Jamuan tidak boleh dinikmati. Datanglah maki hamun. Akhirnya mentol lampu itu ditanggalkan dari tempat yang awal ia disitu. Dilontar keluar atau dibuang dalam tong sampah’.

Bagitulah DUNIA Tiada yang kekal abadi. Demi masa sesungguhnya Mereka dalam kerugian, kecuali yang beriman dan yang membuat kebaikan. Yang menesihati dengan kebenaran dan menasihati dengan sabar.

Adakah kita mentol Lampu Yang Tidak Boleh Berfungsi Lagi.🀣🀣

DSARAH (12 MEI 2024)

PANTUN INI KHAS UNTUK ORG TUA2.
SIMPAN PANTUN NI BAIK2 UNTUK GENERASI AKAN DATANG
πŸ˜ƒπŸ˜‚πŸ€£

1. Emak beli bedak,
Beli sampai dua,
Dulu kita budak,
Sekarang ni dah tua.

2. Pergi rumah cina,
Kerja angkat barang,
Dulu anak teruna,
Waktu ni laki orang.

3. Sepuluh ekor kera,
Hitam mcm arang,
Dulu anak dara,
Le ni bini orang.

4. Makan masak tocu,
Gulai ikan ruwan,
Dulu jadi cucu,
Sekarang jadi Tok Wan.

5. Kakak anakberanak,
Pantang jumpa gincu,
Dulu dukung anak,
Sekarang dukung cucu.

6. Bini orang Maran,
Laki orang Iban,
Dulu rambut karan,
Ni jam rambut beruban.

7. Tanam pokokpisang,
Bawah pokok keranji,
Dulu abang sayang,
Sekarang abang Haji.

8. Bini DatukMinhat,
Suka ungkit-ungkit,
Dulu badan sihat,
Le ni sakit-sakit.

9. Dari Sungai Batu,
Pergi Dusun Tua,
Dulu jadi Menantu,
Sekarang jadi Mentua.

10. Makan gulai kerang,
Kenyang sampai sebu,
Dulu mata terang,
Le ni mata kelabu.

Selamat Hari Warga Tua. Moga sihat sepanjang masa & *SENTIASA INGAT YG MAHA ESA …
TAMBAH AMAL IBADAT*
😁😁😁

Puisi:
Belasungkawa buat laksamana yang gugur
( dedikasi untuk graduan Upnm yang terkorban dlm nahas helicopter 23/4/24)

dulu kelmarin kita sering bersama
di dewan kuliah dan lapang sasar
ketawa di wisma perwira
dan i’tikaf di saf pertama mesjid comel kita

semalam malaikat bertandang
lalu menjemput kalian berpulang
gugup tubuh diri tak tertahankan
mengimbas potret kalian dan rangka sang rajawali di dada media
dengan doa belasungkawa menggiringi perpisahan kita
moga kalian bahagia di alam sana

pantai dan samudera gelanggang perjuangan kalian
pasti syahdu dengan perjuangan kalian sekian lama
mengamani setiap inci bumi tanah air kita
dari noda dan angkara
yang di dalamnya kami tenteram bermain kecapi dan bersenandung
mudahan mudahan jannatul firdausi diganjarkan yang maha esa buat kalian

Kajang
25/4/24

Nukilan- Prof Darwis Laidin(mantan pegawai kanan kastam)

Sehebat mana kita semasa didunia, disinilah kesudahan kita.

S A J A K T U A
Buat khas KITAΒ² semua..

❄ Kita Ni Dah Tua;
❄ Wajah Luntur Di Telan Usia;
❄ Lain Didengar Lain Dikata;
❄ Lain Dicari Lain Yg Dijumpa;
❄ Mata Kabur Tak Kenal Rupa;
❄ Wang Di Saku Kadang2 Lupa.

❄ Kita Ni Dah Tua;
❄ Ada Cucu Elok Di Jaga;
❄ Buat Teman Di Waktu Senja;
❄ Anak2 Sibuk Tah Ke Mana;
❄ Kita Dok Termenung Di Jendela.

❄ Kita Ini dah Tua;
❄ Gigi Dah Tak Tumbuh Uban Merata;
❄ Sekali Ingat Sekali Lupa;
❄ Macamana Nak Jadi Juru Kira.

❄ Kita Ni Dah Tua;
❄ Ada Harta Elok Diguna;
❄ Bayar Zakat,
❄ Derma Ikhlas Masuk Dana
❄ Entah Esok, Entah Lusa Entah Bila;
❄ Jangan Lagi Sibuk Nak Bina Empayar;
❄ Lebihkan Amal Tambah Pahala.

❄ Kita Ni Dah Tua;
❄ Tubuh Lesu Lutut Ketar;
❄ Elok Berzikir Dari Mengira Harta;
❄ Elok Berehat Dari Bekerja;
❄ Urut Kaki Pulas Tangan
❄ Putar Kiri Putar Kanan;
❄ Sampai Dada Rasa Lega
❄ Alhamdulillah umur Masih Ada.

❄ Kita Ini dah Tua;
❄ Intai Sahabat Mana Yang Ada
❄ Ajak Bergurau Ajak Bersenda
❄ Jangan Lagi Kata Mengata
❄ Ajak Berlawak Ketawa Berjela
❄ Lupa Seketika Kita dah Tua .

*Salam Ukhuwwah Buat keluarga & shbt2 semua Aamiin Ya Rabbal Alamiin Wassalam

Dunia Fana

Bersila panggung meraut pesona
berbusana anggun merah jambu
mentari menjual senyumnya
disapa malam yang peramah
lalu menukar ke persalinan ungu
kejora jauh jauh melambai mesra
memaksa senja permisi
gelitapun mendakap seluruh

persis anak kecil ingin segera dewasa
untuk merajai segala
sedang usia bakal ditagih empunyanya
dunia pasti sirna
begitulah manusia

Prof Darwis Laidin/11.1.25

𝐺𝐸𝐿𝐴𝐺𝐴𝑇 𝑆𝐴𝐻𝐴𝐡𝐴𝑇² 𝐾𝐴𝑇 πΊπ‘…π‘‚π‘ˆπ‘ƒ WASAP

Ada yg suka gurau,
Ada yg suka gelak,
Ada yg pendiam,
Ada yg pemalu,
Ada yg mesra,
Ada yg hati kuat,
Ada yg hati lemah,
Ada yg cepat SENTAP,
Ada cepat tersinggung,
Ada yg suka kongsi gambar makanan,
Ada yg suka kongsi lagu,
Ada yg suka kongsi video,
Ada yg suka membebel,
Ada yg kejapΒ² LEFT,
Ada yg suka nangis,
Ada yg suka bagi nasihat walau dia sendiri tak buat,
Ada yg suka hantar Tazkirah,
Ada yg minat ceritaΒ² Politik
Ada yg jadi pemerhati saja,
Ada yg suka pos gambar sendiri……
MacamΒ² adaaa….

TAPI SEBENARNYA ITULAH SAHABATΒ² KITA. TERIMALAH MEREKA SEADANYA. IN SHAA ALLAH JIWA KITA AKAN RASA SERONOK & GEMBIRA…………
KITA SEMUA DI PENGHUJUNG PERJALANAN TAK KIRA USIA KERANA USIA BUKAN BOLEH PERTAHANKAN NYAWA. MASINGΒ² AKAN SAMPAI KE DESTINASI SORANG DEMI SORANG.

MOGA UKHWAH INI TERUS TERJALIN

Pedihnya sajak A. Samad Said ni …

HAI MELAYU..

Hai Melayu!

rumahmu semua dibina indonesia,

ekonomi pula dikuasai cina,

golongan profesional semuanya india,

warung makan pun, mamak dan siam yang berkuasa,

warga bangla pula menjadi JaGa,

orang Nepal yang menabur baja,

orang pakistan usung karpet jaja merata,

lalu melayu ada apa?

harapkan ustaz, saling menyesat,

harapkan hiburan, lagi best filem barat,

harapkan bahasa, banyak telah bertukar kesat

harapkan tulisan, jawi pun mereka hambat,

harapkan tanah, banyak digadai kepada korporat!

Hai melayu!

masih mendabik menjadi tuan?

sibuk mahu menjadi tuan,

rupanya kerja kelas bawahan,

ditipu mentah orang atasan,

konon perjuangan ini untuk kalian!

kerja sikit, sembang kencang,

banyak rungut, sikit rancang,

siapa tegur, dituduh lancang

duduk warung, gigit kacang!

Hai melayu!

konon kau pantang dicabar,

konon kau tangkas menyambar,

tapi cuma indah khabar,

rentakmu makin lama makin hambar

kau melayu aku pun melayu,

aku menulis bukan cemburu,

aku mahu engkau tahu,

kenapa melayu tak macam dulu…..

Hai melayu!

jari mu hebat bertutur di facebook alam maya,

bila berdepan ekonomi semasa kau tidak ber daya,

kau cuma tahu ber gaya,

Hai melayu!

kau melaung-laung di jalan raya,

bagi tahu kepada dunia ini bumi aku yang punya,

pada hakikat ia digadai kepada sepet yang kaya!

Hai melayu!

kerana hendak bergaya kau gadai pusaka,

bila dah kaya kau jadi puaka,

ini tandanya kau sudah derhaka!

Hai melayu!

sedarlah bangsa ku,

buka lah minda mu,

bersatulah bangsa ku,

kerana malaya bukan lagi milik mu !

aku pun melayu,

engkau pun melayu,

bodoh sombong harus di tepis,

riak,bongkak dan hasad dengki sesama bangsa harus guris,

bersatulah melayu kerana agama, bangsa, moyang-moyang yang telah berjasa,

kerana ini mungkin peluang akhir bangsaku untuk negara, berjasa dan berkuasa…….

Pedih menyengat….. Untuk muhasabah diri kitaπŸ‘†

JIKA TAK NAK BERUBAH, TERUSLAH JADI MELAYU YANG LAYU DI TANAH SENDIRI.