INFO TERKINI

KERTAS KERJA CADANGAN KEARAH MEWUJUDKAN KERJASAMA BESTARI ANTARA MPKM DAN YKKM

SUMBANGAN DERMA BANJIR  KEPADA WARGA MPKM YANG TERJEJAS DENGAN BANJIR

         Majlis serahan derma banjir kepada lima orang warga MPKM telah diadakan pada 12.1.2022,  hari Rabu jam 3ptg bertempat di Bilik Mesyuarat JKDM Bahagian Penguatkuasaan dan Pematuhan JKDM Negeri Sembilan di Seremban2.
          Majlis dihadiri oleh 5 orang warga MPKM yang terkesan dengan banjir .Mereka adalah Tuan Mokhtar Mohd Saleh (Temerloh Pahang), Tuan Hj Baharudin Mohd Yusof (Melaka), Ustaz Muhamad Daud Othman (Kg Lanjut Salak Tinggi Sepang), Dr Hosni Hussin (Kg Bersatu, Puchong), Tuan Aziz Mat Nor (Bt 16, Dusun Tua, Hulu Langat, Selangor).
         Majlis dihadiri olih Dato’ Sri Abdul Rahman Abd Hamid dan Datin Sri, Dato’ Hj Wazir Hj Muaz, Dato’ Karim Hanapiah , Dato’ Azis Yaacub, Tuan Hj Shahili Ahmad, Tuan Muhd Hafiz(PKN N9) dan beberapa orang pegawai  kanan Penguatkuasaan dan Pematuhan. Majlis turut diikuti secara maya olih ahli MPKM Zon Utara dan Sabah.
          Penerima sumbangan telah menceritakan pengalaman banjir yang dihadapi/dilalui dan cabaran membuat pembersihan rumah masing masing yang memakan masa berhari hari. Jumlah berjaya dipungut RM 16,170 (termasuk sumbangan MPKM rm1,000. Setiap orang dari mereka menerima sumbangan sejumlah rm 3,234/= hasil dari  sumbangan 67orang warga MPKM.
          Pengerusi MPKM berharap sumbangan kecil ini dapat membantu mereka yang terlibat membina semula kerosakan rumah dan harta benda akibat banjir yang berlaku. Ucapan ribuan terima kasih juga ditujukan olih Pengerusi MPKM kepada 67 orang warga MPKM yang menghulurkan derma bagi meringankan beban yg dihadapi dan ditanggung olih sahabat mangsa banjir yang
terkesan.


KESAN - KESAN BANJIR

10 MAC 2024HJ ABD RAHMAN SIDEK SEORANG PESARA PEGAWAI KASTAM (BERSARA 23 TAHUN YG LALU) TELAH MENERIMA DUGAAN/MUSIBAH DIMANA RUMAH BELIAU DAN ABANGNYA TELAH MUSNAH 100% AKIBAT KEBAKARAN. RUMAH BELIAU DI NO 3318 LAHAR YOOP SEBERANG PERAI UTARA. KEBAKARAN MENYEBABKAN BELIAU DAN AHLI KELUARGA TINGGAL SEHELAI SEPINGGANG. KINI MENUMPANG DIRUMAH ANAK SULONG BELIAU. HJ ABD RAHMAN MENGHIDAP SAKIT JANTUNG, DARAH TINGGI DAN KENCING MANIS. BARU – BARU INI DATO MHD SUBRE ISHAK DAN TN HJ SULAIMAN DARI MPKM ZON UTARA TELAH MENYAMPAIKAN SUMBANGAN YG DITERIMA DARI WARGA BAGI MERINGANKAN BEBANAN TN HJ ABD RAHMAN SIDEK. MOGA TN HAJI REDHA DAN BERSABAR MENERIMA DUGAAN INI.
ALHAMDULILLAH, SAYA DAPAT SAMPAIKAN KEPADANYA PETANG TADI. BANYAK BERTERIMA KASIH DAN MENYAMPAIKAN SALAM KEPADA SEMUA. SEDIH BILA DIA KATA BAJU DAN KAIN YG DIA PAKAI ADALAH SEDEKAH DARI ORANG RAMAI. TINGGAL SEHELAI SEPINGANG. SEMUA TERBAKAR.