LAPORAN DWI TAHUNAN PERSATUAN MPKM 2019 – 2020:
1. Pertukaran alamat surat menyurat MPKM dari no 84, Jalan S2D33, City Center Seremban 2, 70300 Seremban2 Negeri Sembilan kepada No 4 RK 6/8, Rasah Kemayan, 70300 Seremban 2 Negeri Sembilan. Kelulusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia-PPM-003-05-16032015 bertarikh 3 Mei 2019.
2. Kunjung hormat kepada Dato Seri Paddy Abd Halim telah diadakan pada 19.6.2019. MPKM merakamkan ucapan tahniah kepada Dato Seri Paddy Abd Halim kerana dilantik sebagai Ketua Pengarah Kastam yang baru. MPKM berharap bahawa perkara perkara yang dipersetujui antara MPKM dengan KPK/JKDM sebelum ini dapat diteruskan. MPKM turut memperkenalkan AJK MPKM kepada KPK.
3. Majlis Sambutan Hari Raya dan pelancaran Tabung Dana Ziarah Kasih MPKM telah diadakan diDewan Tun Tan Siew Sin AKMAL Melaka pada 22.6.2019. Majlis disertai olih seramai 170 orang ahli. Satu sejarah telah tercipta dengan kehadiran dan penyertaan KPK dan 5 orang mantan KPK dalam majlis tersebut.(Dato Seri Paddy Halim-KPK. Mantan KPK-Dato Seri Subromaniam a/l Tolasy, Dato Ahmad Padli Mohyidin, Dato Seri Ibrahim Jaapar, Dato Seri Abd Rahman Abd Hamid dan Dato Mohd Khalid Yusof).
Sumbangan Ziarah Kasih kepada pesara yang sakit dan uzur dibuat dalam bentuk kotak khas/’hamper’ berisi kek, buah kurma, buah buahan, surah Yasin, bingkisan dari Pengerusi MPKM dan tunai bernilai rm100. Keselurohan sumbangan ini bernilai rm250. Rayuan Sumbangan Ziarah Kasih Pesara disasarkan kepada ahli MPKM secara berterusan dan badan atau individu tertentu.
4. Mesyuarat AJK MPKM pada 4.7.2019 telah membuat ketetapan keatas sumbangan kematian kepada waris ahli dan bukan ahli sebanyak rm300. Persamaan nilai sumbangan kematian untuk menjadi motivasi para pesara untuk menjadi ahli.
5. Dalam Mesyuarat AJK MPKM pada 19.8.2019 telah dipersetujui agar permohonan keahlian dipermudahkan tanpa perlu mengisi borong. Memadai dengan persetujuan secara lisan melalui whatsapp atau talipon. Dalam masa yang sama sebagai satu dorongan, yuran pendaftaran rm10 dan yuran bulan pertama rm 5 ditaja oleh MPKM. Turut menaja ialah beberapa orang AJK.
Beberapa orang ahli telah dilantik secara bersurat menjadi Pengerusi/wakil diperingkat negeri dengan tujuan menggalakan /mendaftar lebih ramai lagi pesara pengurusan kastam menjadi ahli. Peruntukan rm250 turut disalorkan bagi tujuan mengadakan jamuan teh/rengan semasa perjumpaan dengan ahli dan bakal ahli.
6. Kunjung Hormat kepada Timbalan Menteri Kewangan Malaysia YB.Dato Wira Ir Aminuddin Hj Hamzah telah diadakan pada 13.12.2019. Dalam pertemuan tersebut MPKM telah diberi kepercayaan agar terus berbakti secara proaktif memberi sumbangan buah fikiran atau apa apa jua cadangan kepada pihak kerajaan.
7. MPKM menghantar surat kepada YB. Dato Wira Ir Aminuddin Hj Hamzah- Timbalan Menteri Kewangan dan salinan kepada YB Tuan Lim Guan Eng- Menteri Kewangan- rujukan MPKM/MKM/2020-1(1) bertarikh 10 Januari 2020 mencadangkan permuktamadan tarikh perlaksanaan sepenuhnya Sistem Operasi ‘U Kastam’ Jabatan Kastam Diraja Malaysia sebagai langkah memantapkan dan meningkatkan pungutan hasil Negara.
8. Program santai ahli MPKM Johor dengan Pengerusi MPKM- Diadakan pada 1.2.2020/3ptg di Restoran Chamek Kopitiam, Perling Mall, Taman Perling Johor. Program tersebut merupakan program yang julong kali diadakan. Ia bertujuan untuk beramah mesra diantara ahli MPKM Johor dengan Pengerusi MPKM.
9. Kunjung Hurmat AJK MPKM kepada Dato Sri Abdul Latif Abdul Kadir KPK– / jam 3ptg /26.6.20 Meneruskan semua persetujuan diantara JKDM dan MPKM yang terdahulu untuk dilaksanakan sepenuhnya.
9.1 JKDM membenarkan MPKM mengguna/menyewa Bilik Mesyuarat dan kenderaan jabatan secara percuma atau dikenakan bayaran sewa.
9.2 JKDM bersetuju membantu ahli MPKM menggunakan van jenazah dan menyewa mana mana dewan untuk tujuan khusus. Misalnya untuk majlis perkhawinan dengan kadar sewa dan syarat yang ditetapkan.
9.3 JKDM mengiktiraf MPKM- dengan secara mengundang wakil MPKM untuk hadir dalam majis penting jabatan, seperti Hari Kastam Sedunia dan majlis perasmian jabatan.
9.4 MPKM bersedia menyediakan tenaga pakar untuk menjadi rakan perbincangan dan menyediakan tenaga pengajar jika diperlukan bagi tujuan Pembangunan Sumber Tenaga Manusia jabatan.
9.5 Kerjasama JKDM diperlukan untuk MPKM bertemu pegawai pegawai pengurusan sebelum bersara untuk menjadi ahli MPKM.
9.6 MPKM mengemukakan Program Kursus dan tenaga pengajar berwibawa kepada jabatan untuk kursus tertentu.
9.7 JKDM bersedia membenarkan wakil MPKM memberi taklimat dan menemui bakal pesara pegawai pengurusan dalam kursus Persediaan Persaraan.
10. Mengadakan Majlis Eksekutif Talk oleh Pengerusi MPKM kepada warga JKDM Perak pada 22.9.20/10.00pg/Selasa diDewan TS Abdul Halil Ipoh Perak. Tajuk Ceramah/Talk ‘CABARAN MENGURUS DIRI DALAM ORGANISASI KASTAM. SATU PANDANGAN’. Disampaikan oleh Dato Seri Abd Rahman Abd Hamid- Pengerusi MPKM. Majlis diresmikan oleh Dr Mohamad Saprin PKN Perak. Penyertaan oleh 200 orang peserta yang terdiri dari pelbagai pangkat dan jawatan .
11. Majlis ramah mesra diantara Pengerusi MPKM dengan ahli MPKM Perak dan bakal ahli MPKM- 22.9.20/2ptg diBilik Mesyuarat Utama JKDM Perak. Seramai 20 orang ahli telah berjaya didaftarkan sebagai ahli MPKM.
12. Surat kepada KPK bertarikh 17.8.20 dengan memajukan dua modul latihan untuk pertimbangan JKDM:
12.1 MENGURUS POTENSI DIRI RESEPI KEJAYAAN IMPIAN SATU REALITI. Pekej bernilai rm30,000( tidak termasuk kos tempat , penginapan dan makan minum). Pendapatan dari kursus ini untuk Tabung Dana Ziarah Kasih Pesara.
12.2 PROGRAM PENGAMAL ASAS NLP(NEURO LINGUISTIC PROGRAMMING)- Universiti Teknikal Malaysia Melaka- UTeM. Setiap peserta dikenakan kos rm 4,850/-x20=
rm97,000/-( tidak termasuk penginapan, makan minum dan peralatan. Kursus untuk 6 hari.
Kelulusan JKDM kepada MPKM telah dikenakan beberapa syarat tertentu. Diantaranya MPKM mesti berdaftar dengan MOF.
Pada 2.12.20 MPKM telah menulis surat kepada Pengarah Akmal untuk mengadakan perbincangan mengenai modul diatas dan memohon agar ia dimasukan dalam modul Latihan Tahunan Akmal. Akmal tidak memberi sebarang respon kepada permohonan tersebut.
13. Keahlian MPKM:
2015- 88
2016- 90
2017- 105
2018- 150
2019- 187
2020- 212
2021- 391
14. Ziarah Kasih Pesara dan Sumbangan Kematian
2019 – Bil 1/2019 hingga 17/2019
Melibatkan Ziarah Kasih Pesara seramai 15 orang-(15×250.00 = RM3,750) dan sumbangan kematian 2 orang-(2×300.00=RM600)
2020 – Bil 1/2020 hingga 34/2020
Melibatkan Ziarah Kasih Pesara seramai 12 orang-(12×250.00=RM3,000) dan sumbangan kematian 22 orang-(22×300=RM6,600)
15. Grup ngaji Al Quran MPKM
Sebanyak 4 grup/kumpulan ngaji MPKM telah ditubuhkan dengan penyertaan oleh para pesara MPKM dan ahli keluarga pesara.
Gp Iqra MPKM
Gp2 Iqra MPKM
Gp3 Iqra MPKM
Gp4 Iqra MPKM
Setiap peserta diberi tugasan satu juzu untuk ditamatkan bacaan dalam masa 12 hari. Pahala bacaan diniatkan dan ditujukan kepada arwah pegawai pengurusan JKDM dan ahli keluarga masing masing.
Disediakan oleh
Dato Sarmin bin Md Hussin
1.11.2021