USUL PERTAMA
Mengkaji semula dan memutuskan nilai sumbangan kematian kepada Ahli Persatuan Mantan Pegawai Pengurusan Kastam Malaysia (MPKM) dan Bukan Ahli.
LATAR BELAKANG:
Amalan semasa – sumbangan kematian kepada waris ahli MPKM yang meninggal dunia adalah rm300. Ini sebagaimana keputusan mesyuarat AJK MPKM pada 4.7.2019. Nilai yang sama(rm300) diberikan kepada waris bukan ahli MPKM. Ia bertujuan untuk menjadi dorongan kepada pesara pengurusan kastam yang lain untuk menjadi ahli.
Dalam Mesyuarat AJK MPKM secara maya pada 15.9.2021 isu sumbangan yang sama nilai(rm300) antara ahli dan bukan ahli telah dibangkitkan.
CADANGAN:
Dicadangkan agar Mesyuarat Agong MPKM pada kali ini dapat memutuskan perkara berikut:
1. Bukan ahli MPKM yang meninggal dunia wajar diberi sumbangan kematian atau tidak?
2. Jika bukan ahli ini wajar diberi sumbangan kematian apakah nilai sumbangannya sama atau berbeza dengan ahli MPKM?
3. Adakah wajar sumbangan kematian kepada ahli MPKM dinaikkan kepada satu nilai yang sesuai, selepas tiga tahun perlaksanaan(2019-2021), atau dikekalkan rm300.
PENCADANG:
Dato Sarmin bin Md Hussin
15.10.2021
USUL KEDUA
PENUBUHAN CAWANGAN MPKMDINEGERI NEGERI SELURUH MALAYSIA
Saya mencadangkan MPKM menubuhkan cawangan cawangan MPKM dinegeri negeri diseluruh Malaysia.
Dengan penubuhan cawangan cawangan ,rn akan memantapkan lagi urusan dan hubungan ahli ahli MPKM diseluruh negeri di Malaysia. Dengan ini juga akan lebih mudah bagi MPKM induk untuk mendapat kerjasama ahli ahli diperingkat negeri bagi melaksanakan, sebarang aktiviti kebajikan dan sebagainya kepada ahli ahli MPKM dinegeri negen.
Dengan tertubuhnya cawangan cawangan MPKM dinegeri negeri ia akan memberi menfaat yang besar kepada ahli ahli MPKM dinegeri negeri untuk menyalorkan maklumat, membincang aktiviti, menyalor bantuan Dana Ziarah Kasih(DZK), Ziarah ahli ahli yang menghadapi masaalah kesihatan dll.
Dengan penubuhan ini juga pihak MPKM pusat dan negeri akan mendapat menfaat terutamanya dalam pemantauan kebajikan ahli ahli dan kerjasama merancang aktiviti aktiviti yang boleh disertai oleh semua ahli. Seterusnya ia akan menguatkan lagi hubungan baik silaturahim sesama ahli MPKM yang sudah bersara.
Mahon usul ini dibawa dalam mesyuarat AGM MPKM tahun 2021 untuk dipertimbangkan.
Pencadang: Dato Aziz Abdul/ 3Nov 2021
USUL KETIGA.
Mencadangkan secara dasar sejumlah peruntukan
kewangan kepada MPKM Cawangan diNegeri Negeri bagi tujuan membiayai aktiviti-
aktiviti yang dijalankan.
LATAR BELAKANG.
1.1 Sepanjang tempoh dua
tahun(2020-2021) kebelakangan ini aktiviti-aktiviti MPKM berjalan begitu rancak sekali khususnya bagi
aktiviti-aktiviti mesyuarat AJK dan kebajikan terutamanya program Ziarah Kasih
Pesara dan Ziarah Kematian.
1.2 Aktiviti-aktiviti ini bukan sahaja
dijalankan diperingkat MPKM Pusat
bahkan juga oleh MPKM Cawangan diperingkat negeri.
1.3 Sebagai contoh MPKM Cawangan
Johar telah menganjurkan beberapa program sebagaimana berikut:
Tahun 2020
i) Mesyuarat AJK Penaja 2 kali
ii)Ziarah Kasih Pesara 2 kali
iii) Majlis Ramah Mesra bersama Pengerusi MPKM Pusat 1 kali
iv) Ziarah Kematian 1 kali
Tahun 2021
i) Mesyuarat AJK Penaja 3 kali
i) Mesyuarat AJK Penaja 3 kali
ii)Ziarah Kasih Pesara. Baki 2 program tertangguh 5 kali
Akibat PKP
iii) Ziarah Kematian 2 kali
1.4 Kekerapan program aktiviti yang dijalankan diperingkat negeri berkemungkinan meningkat sekali ganda jika tiada kekangan PKP sepanjang tahun 2020 dan 2021 ini.
2. CADANGAN
2.1 AdaIah dicadangkan agar Mesyuarat Agong MPKM 2021 ini memutuskan
perkara berikut:
2.1.1 Memutuskan secara dasar peruntukan kewangan diberikan kepada MPKM Cawangan diNegeri- Negeri bagi membiayai aktiviti- aktiviti MPKM diperingkat Negeri.
2.1.2 Menentukan jumlah peruntukan Kewangan yang sewajarnya diberi kepada MPKM Negeri.
Pencadang:
Khasmuri bin Muhamad 5.11.2021